Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Proses kehamilan dan kelahiran pasti menjadi detik berharga bagi seorang isteri termasuk si suami yang melalui perasaan bercampur-baur ketika menanti kehadiran cahaya mata.

Itu dilalui seorang lelaki yang mengalami cemas dan gelisah apabila memikirkan keadaan isterinya setelah air ketuban pecah sebelum melahirkan bayi sulung mereka.

Pengguna aplikasi TikTok Indonesia, Vivia Nugroho berkongsi video memaparkan adik lelakinya bermundar-mandir di luar bilik bersalin sambil menunggu si isteri yang sedang berjuang melahirkan zuriat tercinta.

“Adik aku yang menunggu isterinya bersalin. Benar-benar gelisah kerana ketuban sudah pecah dulu,” tulis Vivia yang membuka cerita.

Adiknya yang tidak duduk diam itu kelihatan hanya mampu mengintai dari luar bilik bersalin sehingga terdapat seorang kakitangan hospital cuba untuk menenangkan situasi berkenaan.

Menurut Vivia, tidak lama selepas itu terdengar tangisan bayi yang telah selamat dilahirkan sekali gus membuatkan dia dan adiknya berasa sebak.

Video berdurasi satu minit tersebut tular di media sosial sehingga mencecah hampir lima juta tontonan selain ribuan komen warganet yang turut berasa tangisan kebahagiaan itu.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Vivia Nugroho via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *