Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Setelah lapan tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama, isteri kepada pelakon, Jehan Miskin disahkan hamil. Berita gembira tersebut dikongsi oleh Jehan sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

New adventures

Jehan Miskin dan isterinya iaitu Julie Camelia Rhee memuat naik foto ‘scan’ bayi serta menulis kapsyen gembira di atas kurniaan rezeki tersebut. Menurut Jehan, isterinya bakal bersalin tahun hadapan.

Julie pula memberitahu dia tidak sabar melalui fasa teruja, malu dan gembira sewaktu dalam proses mengandung ini. Tambahnya, dia dan suami tidak menyangka mereka bakal menjadi ibu dan ayah.

Tahniah!

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Jehan dan isterinya. Jehan Miskin dan isterinya berkahwin sekitar Mei 2013 dan isterinya merupakan warganegara Korea Selatan.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Jehan Miskin via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *