Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pernah memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mendedahkan dia mempunyai cara sendiri dalam mencapai sukses, meski tidak mengikuti kelas tuisyen dan sebagainya.

Sambil merakamkan rasa syukur, remaja ini menerusi laman Twitter berkongsikan pengalaman.

“Alhamdulillah dengan izinNya I got 9A’s for my SPM Here’s a thread on how I managed to get good grades even though I never went to tuitions, was active in sports and barely studied for my exams.

“I’m not gifted, cara ni berkesan sampai ke university,” tulisnya.

Apa pun, Jabir percaya apa yang berlaku juga merupakan ketentuan dari Yang Maha Esa.

“I start I want you to digest ni dalam2, read every word and hadam betul2. Engrave it in your mind. You, my brothers and sisters are EXACTLY where god wants you to be right now.

“It’s all part of his PERFECTLY divine plan. Remember who’s the giver.

“Remember semuanya dah diplan so there’s no reason to stress out on grades atau apa2 Just give your best and the rest leave it to him! Now let’s get into the technicals,” jelas Jabir.

Jadi ini dia cara yang dilakukan Jabir dalam hal berkaitan dengan pengajiannya;

First Impression

“Kita selalu dengar dari seniors yang subject ni susah lah subject tu susah lah and lain2 kan. Lepas dengar kita akan rasa apa? Rasa down. And akan hilang semangat untuk score dalam subject tersebut sebab rasa takpe untuk fail.

“Bende ni paling bahaya sekali sebab dia akan jatuhkan morale kita SEBELUM start belajar lagi. So macam mana nak overcome masalah ni? Korang angguk je bila ada senior kata subject ni susah and anggap dorang tak pandai.

“Letak ego sikit dalam diri kita yang cakap “oh dia tak pandai maybe sebab pemalas or banyak main” and cakap dekat diri sendiri “aku special and aku boleh buat.

” Tapi kalau senior tu memang verified pandai and dia cakap susah, korang boleh ambil precautions untuk hati2 time ambil subject tu.Ok sekarang yall dah ada semangat yang membara untuk start study!! It’s all in your mindset.”

Respect

“First impression settle sekarang masalah students dengan lecturer/cikgu. Ramai student ambil remeh bab ni, padahal ni paling penting sekali!!!

“Dalam menuntut ilmu ini paling penting semua orang berjaya semua ulama, scholars and sebagainya selalu emphasise bende sama which is? Hormat guru kita. Tak kira lah macam mana orng dia ke, miskin ke, kaya ke, perangai cam barai gila ke, bosan nak mampus ke. Korang kene hormat dia.

“Kenapa? Sebab dia ada ilmu yang kita nak. Selalu dengar kawan complain cikgu ni bosan la cakap slow la apa la. Kawan2 yang complain tu cuba tengok coursework dorang, semua ke laut. Dari bazir masa complain lebih baik focus dalam kelas,tahan semua perasaan tidak puas hati and hadap je kerenah guru kita.

“Maybe cikgu tu bosan. Tapi cuba fikir balik apa sebab dia bosan? Sebab bende dia ajar tu semua bende basic gila utk dia. Ok tu kekurangan dia, so macam mana nak atasi? Cari kelebihan dia. Maybe dia bosan bila mengajar tapi kalau kita tanya soalan, dia boleh jawab and bagi kita faham sampai bende yang luar syllabus.

“So yeah tak kira apa jadi hormat cikgu and dengar setiap perkataan yg dia cakap dalam kelas, kalau korang buat cmni, secara tidak langsung korang akan jadi salah satu warga ‘gifted’ yang tak pernah study untuk exam tapi selalu top scorer and dapat A+ So ingat!! Focus dalam kelas and hormat cikgu.”

Maintain Your Result

“Ok sekarang korang dah jadi budak gifted yang tak study tapi score exam, jadi macam mana nak maintain score korang tu? Untuk maintain korang kene cari scorer yang lain, yang score lagi tinggi and compete dgn dia. Setiap exam bandingkan kertas exam.

Walau apapun keputusan peperiksaan anda, jangan putus asa dan teruskan berjuang. Gagal hari ini tak bermaksud gagal selamanya.

Jangan lupa untuk menyaksikan perjalanan Hariz dalam Hero Remaja 2020 pada setiap Khamis, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Program tujuh episod yang telah pun memulakan siarannya pada 27 Februari lalu itu menampilkan Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac sebagai juri dan Ain Edruce sebagai hos.

Hero Remaja juga boleh ditonton menerusi Astro Go dan on demand.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: MH & Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *