Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Jangan letak maklumat seperti nama ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, tindakan meletakkan nama dan nombor telefon palsu boleh menyebabkan pengunjung sukar dihubungi sekiranya terdapat kes positif Covid-19 di premis terbabit.

“Saya difahamkan ramai yang tidak memberi nama dan nombor telefon betul seperti guna nama ‘Badang’, Superman dan Batman. Jadi kalau terjadi apa-apa, kita sukar hubungi mereka.

“Saya harap kepada pengunjung, sila letak nama sebenar (kerana) sekiranya ada kes-kes kecemasan yang berkaitan kes-kes positif Covid-19 di tempat itu, (mereka) mudah untuk dihubungi,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ujarnya, tiada keperluan untuk meletakkan nombor kad pengenalan dan alamat rumah ketika mendaftar masuk bagi mengelakkan maklumat disalah guna oleh orang yang tidak bertanggunjawab.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *