Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengund@ng usikan wargamaya apabila diminta untuk menambah zuriat.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi foto bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 6 tahun.

“Bila kat set sho0ting, rindu nak balik rumah sebab dia la. Daddy dia tak pernah kisah mummy balik pukuI berapa, dia je yang berleter cakap ‘Aisyah dah tahu, mummy mesti balik lambat’.

“Jangan cepat besar nak, nanti mummy rindu nak anak kecil,” tulis Che Ta menerusi ruangan kapsyen.

Kapsyen Che Ta yang rindu kehadiran anak kecil itu telah mengundang reaksi positif daripada pengikutnya apabila ramai yang mengusik untuk pelakon berusia 46 itu untuk berikan adik pada Aaisyah.

“Tambahlah, sebab anak-anak mummy semua cantik macam mummy,” ujar seorang wargamaya.

“Please bagi Aaisyah adik, please!” pinta seorang wargamaya.

“Aaisyah minta la adik kecil kat mummy. Nanti boleh teman Aaisyah kalau mummy balik lambat lagi,” saran seorang wargamaya.

“Che Ta boleh mengandung lagi, bagi adik kat Aaisyah. Hehehe,” usik seorang wargamaya.

Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *