Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak dua hari lalu, media sosial dipenuhi video seorang pelajar Veveonah Mosibin yang memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah untuk mendapatkan capaian Internet bagi menjawab peperiksaan secara ‘online’.

Terbaru selepas video berdurasi 11 minit berkenaan tular, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dikunjungi oleh beberapa kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pitas di kampungnya hari ini.

Melawat kampung Veveonah!

Melawat kampung adik Veveonah Mosibin #viralyoutube (akses online) , terbaik semangat adik veveonah dalam menghadapi…

Posted by Pejabat Pendidikan Daerah Pitas on Wednesday, 17 June 2020

Posting kunjungan tersebut dikongsi di laman Facebook PPD Pitas dengan memuji kesungguhan dan semangat remaja berusia 18 tahun itu dalam menuntut ilmu walaupun menghadapi masalah capaian Internet.

“Terbaik semangat adik Veveonah dalam menghadapi situasi menjawab peperiksaan dalam talian, dalam keadaan kawasan yang tidak kuat capaian Internet…

“…”di Kampung Sepatalang, Pitas. Semoga adik Veveonah akan terus cemerlang dan bersemangat,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Rata-rata netizen berharap pihak yang bertanggungjawab perlu tampil menyelesaikan masalah rangkaian internet di kawasan itu selain mendoakan agar gadis tersebut berjaya dalam pendidikan.

Memetik laporan Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil yang terletak berhampiran dengan kampung Veveonah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Borak Daily via Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *