Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 40, akui pada mulanya dia tidak rasa yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Azlan Che Noh. Namun selepas melihat pelbagai usaha yang dilakukan Azlan, 30, yang lebih mesra dengan panggilan Awan Nano itu, hatinya sudah terpikat.

“Sebenarnya masa mula-mula berkenalan itu saya tak rasa yakin untuk menerimanya kerana perbezaan usia yang ketara. Agak susah juga saya nak memahami Azlan tapi lama kelamaaan dia pula yang lebih memahami saya meskipun kerjaya kami berbeza. Lama kelamaan kami menjadi serasi,” katanya yang ditemui selepas majlis akad nikah dan resepsi.

Dengan hanya sekali lafaz, Elly selamat diijabkabulkan dengan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Tambah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina itu, apa yang membuatkan dia terpikat lagi dengan suaminya yang juga seorang guru itu adalah kerana kesungguhannya.

“Dia sangat jujur dan berusaha lebih untuk dapatkan hati saya serta anak dan bapa saya. Bawa balik kampung saya pun, sekejap sahaja dia dapat menawan hati semua orang. Apa yang penting saya nampak kualiti dirinya untuk menjadi seorang suami,” katanya lagi.

Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Menerusi halaman Instagram Jihanmuse :

Sebelum org lain tgk kita da tgk dulu taw. Ni masa raya tahun lepas mamapom bawak papa awanano dtg raya rumah. Alhamdulillah selesai dah kakak kawin dgn cikgu azlan. Tahniah kakak lina @iamellymazlein semoga berbahagia ke akhirnya. Sorry tak dpt jd bridesmaid kita bz jadi maid.

Jom Lihat apa kata netizen:

Sama cntik sama padan..smg kak lina bahagia disamping suami dan Princess comelnya itu

Semoga mereka bahgia, sama la mcm jihan bahgia hingga ke jannah Insallah

Bertuah @iamellymazlein Dgn anaknya, kalau seorang cikgu ni penyayang, pandai layan budak2.. Selamat pengantin baru dan kekal hingga ke jannah.  Saya selalu nampak lina ngn cikgu kt 1 mall ni. Nk tegur tp segan. By the way tahniah linapompom. Semoga bahagia hingga syurga

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG jihanmuse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *