Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas kembali menemui peminatnya di pentas nyanyian selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari telah tampil di Indonesia Idol selepas beberapa minggu kehilangan suami tercinta.

Lagu Judika runtun jiwa

Namun, semasa salah seorang juri Indonesia Idol, Judika menyampaikan lagu barunya di pentas final Indonesia Idol, air mata BCL kembali tumpah apabila liriknya amat kena dengan situasi yang dihadapinya.

Ditenangkan sahabat juri

Dapat dilihat apabila BCL terus menangis teresak-esak sehinggakan Judika turut menangis sama ketika mendendangkan lagu tersebut.

Ari Lasso yang juga salah seorang juri dalam rancangan nyanyian telah bangun dan memeluk BCL yang tampak begitu sedih mengenangkan pemergian suami tercinta yang meninggal dunia seusai dia pulang dari bertugas di Indonesia Idol.

Semoga BCL tabah menghadapi dugaan ini

Sehubungan dengan itu, menerusi komen yang diperoleh daripada facebook peminat-peminat mereka, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sedih susulan daripada melihat reaksi BCL itu.

Mereka juga sempat menitipkan pesanan agar wanita tersebut terus kuat dan tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Rindu yang tiada penghujungnya

Sedihnyaaa

Dapat rasa kesedihan tu

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *