Kacukan Sri Lanka-Scotland Ini Berbakti Jadi Sukarelawan PPV, Kejelitaan Amelia Henderson ‘Berkebaya’ Curi Tumpuan

Sedang h4ngat dengan drama Cik Ayu Mee Sanggul di kaca televisyen, wajah cantik wanita ini sekali lagi menjadi bualan. Muncul dengan imej berkebaya dan dipadankan dengan sanggul sendeng menyerlahkan kejelitaan Amelia Thripura Henderson.

Bergandingan dengan pelakon Aqasha dan Datuk Rosyam Nor, wanita yang memulakan karier sebagai talent iklan sejak usia 10 bulan ini kelihatan semakin bijak menjiwai watak yang dibawanya.

Khabarnya demi menjayakan watak anak kelahiran Ampang, Selangor ini sebagai Cik Ayu, pelakon yang fasih berbahasa Melayu ini berpeluang menggayakan 40 pasang kebaya. Memang cantik-cantik kebaya yang digayakan oleh wanita yang berusia 26 tahun ini.

Di sebalik dunia lakonan wanita kacukan Sri Lanka-Scotland ini turut aktif mencurah bakti sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@ameliath)

Baru-baru ini pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pengantin 100 Hari ini telah berkongsi di laman media sosialnya tentang aktiviti sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Untung lah siapa yang mendaftar di PPV UKM, dapat jumpa wanita cantik ini.

Wajah Amelia Handerson kelihatan begitu berseri-seri dan cuba mencungkil rahsia cergasnya. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.

Tarian membuat saya kekal cergas dan bertenaga. Jika mempunyai masa yang terluang saya akan berenang dan menaiki tangga berbanding mengambil lif.

Saya seperti kanak-kanak yang lain dahulu dihantar oleh ibu bapa untuk belajar ballet. Saya mula men4ri ballet sejak usia tiga tahun dan mula serius dalam tarian apabila usia menj4ngkau 13 tahun.

Ketika mula serius men4ri saya memberanikan diri menyertai The Dancer Society Classical Solo Ballet Competition. Tidak sangka menjadi juara dan saya ditawarkan biasiswa ke Australia.

Dua minggu menimba pengalaman di sana benar-benar menyvntik semangat sementelah saya baru berusia 13 tahun ketika itu,” ujar Amelia yang pernah berlakon di dalam filem tempatan antaranya Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Menurut wanita yang meminati rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Nurita Harith dan Adila Long ini tarian sukar untuk dipelajari. “Memang sejak kecil saya suka menari dan keluarga tidak pernah memaksa untuk terjun dalam dunia tarian ini.

Sebenarnya tarian sangat sukar untuk dipelajari. Jika menari tanpa minat yang mendalam pasti sukar untuk mengapai tahap tertinggi dalam bidang ini. Peperiksaan untuk lulus dalam tarian juga sukar. Tidak ada istilah belajar untuk lulus dalam tarian ini. Kini saya boleh menguasai tarian ballet, latin, ballroom, tap dan jazz dengan baik.

Tarian banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya. Ballet adalah sukan yang sangat mementingkan disiplin. Disiplin yang tinggi ketika mempelajari tarian terutama ballet mengajar saya menjaga masa dan disiplin diri. Malah, ballet menjadikan postur tubuh saya kelihatan lebih cantik.

Selain itu tarian ballet membantu saya kekal aktif dan cergas. Walaupun tarian ini nampak lembut dan berirama namun, kita perlu cekal dan bertenaga untuk melakukannya. Saya akan sentiasa menari sampai bila-bila,” bicara Amelia yang pernah mementaskan persembahan teater muzikal The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:nona via ameliath

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *