Kajian Mengatakan 74 Peratus Manusia Memilih Untuk Menangis Ketika Mandi, Ini Respon Lawak Netizen
Pernah tak dalam sehari tu korang rasa nak menagis tetapi tak tahu sebab apa? Pada waktu itu, hanya tahu dengan cara mendengar muzik saja akan hilang perasaan itu. Tetapi korang tahu tak, dalam satu kajian yang dijalankan hampir 74% manusia di dunia memilih untuk menangis ketika mandi.
Berdasarkan kajian daripada Showertoyou, iaitu sebuah peruncit bilik mandi yang mempunyai ribuan pejabat di United Kingdom meninjau 57,000 sampel dari seluruh dunia dan mendapati bahawa tempat yang paling disukai seseorang untuk menangis adalah bilik mandi.
Sekadar hiasan
“Jadinya jika kita melihat adegan menangis di kaca TV tidak jauh dengan kehidupan realiti.”
Mengapa ia berlaku?
Tidak ada jawapan yang pasti kerana tidak banyak penyelidikan saintifik mengenai kaitan menangis dan bilik mandi tetapi pakar mempunyai banyak teori.
Menurut Profesor Psikologi, Ad Vingerhoets dari Tilburg Universiti berkata menangis merupakan perkara yang paling biasa dilakukan untuk menenangkan diri selain mendengar muzik.
Terdapat juga teori yang menyatakan bilik mandi memberikan tahap privasi yang tinggi, di samping memberi rasa hangat dan selesa, sekaligus membuatkan menangis ketika mandi sebagai pilihan terbaik meredakan tekanan.
Gambar sekadar hiasan
Bagaimanapun, menangis bersendirian bukan perkara yang baik. Mereka ini perlu dapatkan sokongan sosial untuk jernihkan semula ‘mood’ mereka.
Jom lihat komen Netizen di Facebook Siakap Keli.
saya selalu menangis bila tengok perut sambil mandi, sebab tak nampak sistem pengairan saya min..
Konon-konon tengah berlakon dalam filem
Biasa menyanyi je time mandi, sbb rasa suara sedap sangat
Baru2 ni ramai penduduk Selangor menangis jugak…
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber: Metro Co.UK via SK