Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selesai sudah lima persandingan impian Elly Mazlein iaitu persandingan semasa majlis merisik, bertunang, bernikah dan resepsi serta majlis sambut menantu yang diadakan di Kelantan semalam.

Elly dan pasangannya Muhammad Azlan terlihat sangat bahagia selepas diijabkabul pada pertengahan Januari yang lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Majlis sambut menantu meriah

Majlis sambut menantu yang diadakan di kampung halaman Cikgu Azlan juga meriah walaupun dirai dalam keadaan penuh sederhana namun cukup memberi kesan dalam diri pelakon utama Kampung People itu.

Sental kuali hitam katanyaaaa

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah aktiviti selepas majlis sambut menantu itu berlangsung. Tanpa mengenakan busana cantik dan alat solek tebal, Elly atau mesra disapa Kak Lina sama-sama turun padang memberus periuk kuali lauk kenduri yang berlangsung.

Dengan selipar berendaaa. Kau mampooo!

Mengenakan baju T-shirt dan selipar berenda, Kak Lina telah memuat naik gambar tersebut ditambah dengan kapsyen yang sememangnya lucu darinya.

Tambahnya lagi, aktiviti itu dilakukan bersama ibu mertua serta ipar duai bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka.

Semoga terus bahagia Kak Lina & cikgu

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat Kak Lina, ramai yang terhibur dengan telatah isteri kepada Cikgu Azlan ini yang sentiasa menghiburkan.

Mereka juga sempat berseloroh dengan ragam yang ditunjukkan selebriti itu dan mendoakan agar perkahwinan Elly Mazlein dan Muhammad Azlan terus bahagia hingga ke akhir hayat.

Selipar taknak kalah dik!

So cute selipar kak lina

Tetap glemer

Apa kata anda? Dah baca, Jangan luipa like, share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *