“Kak Sarah janji nak nyanyi untuk majlis perkahwinan Sha?”- Uqasha Senrose

PETALING JAYA: Pelakon popular, Uqasha Senrose, meluahkan rasa s3dih apabila mengenangkan semula perbualannya bersama penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, dia yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Kamal Adli, berasa sedih apabila hajatnya untuk melihat penyanyi itu membuat persembahan di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

“Salam takzi4h kepada abang Shuib dan anak-anak. Ya Allah berita yang sangat meng3jutkan, Kak Sarah. Arw4h orang yang sangat baik.

“Ya Allah, sukar untuk saya untuk terima kenyataan ini. Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan Sha.

“Subhanallah, semoga rohnya ditempatkan di golongan orang yang beriman. Awak akan dirindui,” coretnya di Instagram.

Menerusi entri yang sama, Uqasha sempat memuat naik beberapa tangkap layar perbualannya bersama Allahyarham Siti Sarah, berkenaan keiinginannya untuk melihat penyanyi tersebut membuat persembahan di majlis perkahwinannya akan datang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Akak boleh tak, nak tanya bayaran Kak Sarah satu lagu? Teringin nak akak nyanyi majlis perkahwinan saya,” tanya Uqasha.

“Untuk awak ke? Kalau awak free sahaja. Awakkan adik kakak,” kata arw4h menerusi perbualan di Instagram.

Pagi tadi, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music.Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib men1nggal dunia selepas bert4rung ny4wa melaw4n jangkit4n C0vid-19.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu terpaksa ditidurkan untuk proses pembed4han melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *