Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Nama selebriti Elly Mazlein bukanlah asing lagi dalam dunia seni tanah air. Daripada platform nyanyian sehinggalah bidang lakonan, bakat yang ada tidak pernah disia-siakan untuk dicungkil.

Malah perangainya yang ‘masuk air’ itu mampu membuatkan para peminat tidak kering gusi melihatnya.

Ha masukkk.. Siap tawar RM100 lagi, ada sesiapa berani?

Buat yang megikuti drama ‘Kampung People 2’, pasti mengingati babak lucu dua beranak iaitu Mona dan Bonda Dona sewaktu menyanyikan lagu berjudul ‘Empat Dara’.

Terbaharu menerusi entri di Instagram, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menyanyikan semula lagu tersebut dan mencabar warganet untuk menyambungnya.

Pantang dicabar, siap dengan selendang.. Selamba betul Fizz Fairuz tarik korus

Bagaimanapun, cabaran nyanyian ‘Empat Dara’ itu berjaya disahut oleh pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz.

Dikongsi menerusi IG isterinya Datin Almy Nadia, pelakon drama ‘Kampung People 2’ itu dilihat sakan meniru cara nyanyian unik Kak Lina.

Lebih menghiburkan lagi apabila beliau turut mengenakan selendang dan menyanyikan dengan cara tersendiri.

Adoi lah, sama pula tu bila pakai selendang, kira boleh layan..

Meraih hampir 200 ribu tontonan sejak dikongsikan kepada umum, klip video tersebut turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

Di samping terhibur menyaksikan nyanyian itu, rata-rata mereka  turut berseloroh mengenai penampilannya yang lengkap berselendang.

Ini antara respond netizen termasuklah kak lina pom pom.

Ok awak menang..- Elly Mazlein

HAHAHAHAH

Buat hal lah abang ni

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber : Instagram iamellymazlein, almynadiaofficial via kisah dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *