Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) telah berlangsung malam ini, secara langsung dari PICC, Putrajaya.
Selain persembahan memukau dan, apa yang menarik mengenai AME2020 malam ini adalah lamaran yang dibuat pelakon, Kamal Adli secara live kepada Uqasha Senrose ketika mereka sedang memberikan anugerah kepada pemenang.
“Uqasha, sudikah awak menjadi isteri saya?”, tanya Kamal kepada Uqasha.
Seluruh dewan menjadi gamat takkala Kamal melamar Uqasha, dan Kamal sekali lagi bertanya Uqasha soalan yang sama, sambil mengeluarkan sebentuk cincin.
Dihadapan jutaan penonton AME2020 malam ini, Uqasha menjawab lamaran Kamal, “Yes”.
Sebelum ini, hubungan Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai selepas mereka bekerjasama dalam sebuah filem.
Ini respon netizen
Teringat hairul dengan Hanis Zalikha
Muka Uqasha da cuak
Tahun depan baru syok AME ‘Couple Paling Meletop’
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber: Meletop via Era.je