Video Viral Jarak Usia 23 Tahun Dengan Suami, Wanita Ini Buka Mulut Dilabel Kahwin Sebab Harta
Kebanyakan wanita biasanya cenderung memilih suami yang sebaya atau sekadar tua setahun dua sahaja.
Namun apabila disaksikan semula, faktor umur bukanlah penentu kebahagiaan seseorang dalam rumah tangga. Perkara sama juga dapat dibuktikan melalui sebuah rakaman viral wanita anggun ni.
Jarak usia 23 tahun…Suami sendiri disalah anggap macam ayah
Melalui aplikasi TikTok, Puan Imani membuat sebuah video yang mendedahkan bahawa dirinya bersama suami memiliki jarak usia sebanyak 23 tahun.
Oleh kerana dia berumur 29 tahun manakala Encik Suami pula 52 tahun, ramai yang menjadi terkejut selain menyalah anggap lelaki berkenaan sebagai bapanya sendiri.
Bukan itu sahaja, malahan netizen juga mengatakan wajah mereka berdua sangat mirip bagaikan anak beranak.
Oleh sebab itu, Puan Imani memuat naik sebuah lagi rakaman dan kali ini bersama dengan ayah kandungnya.
Yang penting kami tak kacau hidup korang
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dilabel kononnya berkahwin dengan lelaki berusia atas sebab harta.
Walaupun tuduhan terbabit kedengaran agak melampau, namun Puan Imani dilihat tenang memberikan respon pendek yang cukup ‘win’.
Bukan sahaja tidak terkesan, apa yang paling penting adalah mereka bahagia asalkan tidak mengganggu hidup orang lain.
Mesti kecik-kecik suka menanyi kat dapur kan
Aturan Allah
Suami saya lebih muda
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber : TikTok imani2929111 via Erin Sakura