Kec0h Isu 50k Jadi Ke Bagi Kat Pakcik Tu!!, MK K-Clique Tampil Memberi Penjelasan 

Kuala Lumpur: “Saya nak jelaskan yang saya tak serah bulat-bulat wang sebanyak RM50,000 kepada pakcik itu di atas faktor-faktor tertentu,” kata penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini berhasrat memberikan sejumlah wang kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur selepas berang dengan tindakan biadab seorang lelaki seperti yang tular, baru-baru ini.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, dia bersama pihak pengurusannya bersepakat untuk meng4gihkan wang dijanjikan berkenaan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Foto ig:hairiwhuut

“Kami pecahkan rezeki pakcik itu kepada pihak-pihak tertentu yang lain.

“Saya bersama pihak pengurusan telah pun berurusan dengan pusat transit yang didiami pakcik terbabit dan Insha-Allah dalam masa terdekat akan diusahakan seperti sudah dibincang oleh kedua-dua belah pihak,” katanya.

Menurut MK, dia berharap segala kek3liruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terjawab dan tiada perkara berbangkit.

“Saya perlu jelaskan perkara ini supaya tiada yang salah faham.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan pakcik itu,” katanya.

Foto ig:hairiwhuut

Terdahulu MK melu4hkan hasratnya untuk memberi wang tunai sebanyak RM50,000 kepada seorang warga emas apabila mengetahui individu itu ditawarkan RM50 kerana berani tampil ke hadapan.

Bagaimanapun, perkongsian MK di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadamnya. Malah, menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu

Foto ig:hairiwhuut

Dalam pada itu, MK turut berkongsi video ketika bertemu dengan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar, baru-baru ini.

Video Jumpa pakcik Hadi:

Perkongsian MK mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji tindakan MK yang sudi menyantuni warga emas itu selain menjadi contoh terbaik kepada anak muda lain.

Sumber:hmetro via hairiwhuut/tiktok

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *