Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dua hari lepas tular di TikTok, kisah seorang bapa muda yang begitu teruja apabila melihat imbasan ultrasound bayi sulungnya. Lelaki berkenaan dilihat mengucup berkali-kali foto tersebut sehingga membuatkan isterinya cemburu.

Walau bagaimanapun, siapa sangka kegembiraan yang dikecapi itu cuma seketika.

Baru beberapa hari excited nak jadi mummy dan daddy muda.. Rasa tak selesa bahagian perut

Menerusi sebuah perkongsian terbaru di TikTok, Nur Aisyah telah berkongsi dirinya baru sahaja disahkan keguguran oleh doktor. Pada awalnya, dia yang merasa tidak selesa di bahagian perut telah ke klinik bagi melakukan scan rahim untuk melihat perkembangan bayinya.

Waktu itu, janinnya masih dalam keadaan sihat seperti biasa.

Terima khabar duka.. Tiada lagi degupan jantung pada kandungan

Namun keesokan harinya, Nur Aisyah dikejarkan ke pusat perubatan pula dek kerana masih merasa tidak selesa di bahagian tersebut. Ujian ultrasound yang dilakukan untuk kali kedua bagaimanapun memberi khabar duka apabila doktor memaklumkan tiada lagi degupan jantung dikesan pada bayinya.

Terima kasih sebab ada walaupun sekejap.. Mummy dan daddy happy bila awak ada

Biarpun perit untuk menghadapi ujian berkenaan, namun wanita muda ini tetap cekal. Kedua-dua suami isteri ini juga bersyukur kerana sempat dipinjamkan perasaan bakal bergelar seorang ibu dan juga ayah walaupun cuma sementara.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: TikTok Nur Aisyah via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *