Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Dalam pada kita sedang menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan, beberapa orang pekerja perkhidmatan seperti penghantar makanan masih lagi meneruskan tugas mereka.

Apabila bermula kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan, maka orang memang ramai memerlukan perkhidmatan penghantaran makanan, jadi rider Grabfood atau Foodpanda kini antara yang paling sibuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Terbaru, tular foto seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan yang kepenatan, telah terbaring di tepi jalan mengundang rasa sebak netizen.

Terbaring tepi jalan penat sangat

Menerusi hantaran di Facebook Muhammad Hussaini, lelaki itu merupakan pekerja Foodpanda dikatakan tidak makan dari pagi kerana terlalu sibuk mengejar pesanan pelanggan.

Disebabkan terlalu kepenatan dan sudah tiada ada lagi tenaga, pekerja foodpanda itu telah pengsan selepas dia menghantar pesanan yang terakhir pada tengah malam.

Hargai khidmat mereka..

Kesian..penat diaorang..

Jaga kesihatan sama..

Bukan senang nak mencari rezeki, lebih-lebih lagi di saat negara sedang ditimpa dengan musib penularan virus. Semoga semua rider dijauhkan daripada virus COVID-19.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *