Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru sahaja tular dalam media sosial, kilang pembuatan keluli di Subang Jaya di serbu, 350 pekerja didapati bekerja tidak patuh SOP.

Sebahagian besar daripada 350 pekerja yang didapati bekerja adalah dalam kalangan pekerja asing dan 90% daripada mereka pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini. Jabatan Imigresen Malaysia juga melakukan pemeriksaan terhadap dokumentasi mereka.

Ramai orang marah dengan pengoperasian kilang (serta industri) merupakan punca utama kes baharu, setiap hari. Sudah tentulah berasas kerana setiap hari, sejak Total Lockdown 1 Jun 2021, tempat kerja menyumbang kluster terbanyak.

Sebelum Total Lockdown lagi Ketua Pengarah Kesihatan telah mengungkapkan kebimbangan terhadap peningkatan kluster dari industri, yang menyumbang kes tinggi.

Pada awalnya, ramai orang (termasuk peniaga) bersedia untuk Total Lockdown dengan gambaran seperti PKP 1.0 – sedikit industri dibuka, kurang pergerakan, sekaligus kes kurang dengan segera.

Sifirnya, biar sakit dalam masa singkat (1-2 bulan) daripada sakit berbulan-bulan.

Namun, yang berlaku, Total Lockdown dicabul dengan keizinan ‘luas’ operasi industri, tidak seperti yang dijangka. Sebulan yang sangat merugikan!

Pilihan seterusnya ialah PKPD di kawasan kritikal (khususnya Selangor dan KL) dengan jangkaan ‘meminimakan pembukaan industri’.

Namun, menerusi halaman instagram Rozita Che Wan:

“penting pulak kilang keluli ni masih beropeeasi time pkp  … keluli ni boleh buat gulai ka uolssss ? kata kilang makanan dgn ubat ubatan ja dibenarkan beroperasi..” – Che Ta

Michael Ang turut membalas komen dalam halaman tersebut:

Jom lihat apa lagi kata netizen:

“Bkn kilang keluli je. Kilang kawat pon bole operasi pkpd ni che ta. Miti approved. Kt mkn kawat dawai agakny tiap hari”

“Pekerja ni semua tak salah, bos kena bertanggungjawab tentang vaccine dan uruskan mereka baru kilang di buka, kalau 1 positive semua akan terpalit.. Tidak bijak pengurusan kilang dpt kelulusan buka kilang, sedangkan masih positif, itu dah salah dah. Kena Vaksin dulu baru buka”

“Sian pkerja yg kena tp org atasan yg sbnr ye salah”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Rozita Che Wan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *