Skodeng Artis

Perlu Waktu Untuk Bina Semula Semangat, Keputusan BCL Mengenai Indonesian Idol Mengejutkan Peminat

Kredibiliti penyanyi bersuara lunak Indonesia, Bunga Citra Lestari tidak dapat dinafikan sehingga dia menggalas tugas menjadi salah seorang juri tetap rancangan pencarian bakat Indonesian Idol.

Namun untuk Indonesian Idol musim terbaru ini, dikhabarkan penyanyi berusia 37 tahun itu tidak lagi berkhidmat sebagai juri tetap bagi program realiti tersebut.

BCL perlu waktu

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dia menulis di entri ingin memiliki masa sendiri untuk mengumpul semula kekuatan diri dan sempat juga memberi ucapan agar Indonesia Idol terus maju jaya.

Bina semula semangat

Seperti semua sedia maklum, ini merupakan tahun paling menyedihkan buat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu selepas kehilangan suami tercinta yang juga pelakon Malaysia iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.

Rezeki ada dimana mana

Love you BCL

Akan selalu menyokong kamu

Untuk rekod, BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *