Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Wabak Covid-19 dilihat semakin hari semakin menular ke kawasan-kawasan baru yang menjadi tumpuan umum. Beberapa kes telah mulai menjengah tanah Arab sehingga visa untuk mengerjakan umrah bagi sesetengah tempat digantung buat sementara.

Inisiatif kawal Covid-19

Namun begitu, inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dalam membendung wabak Covid-19 harus dipuji. Hal ini kerana mereka telah menyediakan hand sanitizer ataupun pembasmi kuman di sekitar Masjidil Haram.

kerja-kerja membasmi kuman dijalankan

Presiden Hal Ehwal Am Masjidil Haram turut dimaklumkan turun padang memantai kerja-kerja membasmi kuman yang dijalankan petugas bagi memastikan kawasan tumpuan jemaah dunia sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.

Menurut sumber, kawasan-kawasan tersebut telah akan dicuci enam kali sehari secara tetap dan akan dicuci lagi jika terdapat beberapa kekotoran diluar waktu cucian.

Inisiatif tersebut sememangnya harus dipuji kerana membantu para jemaah menghindari wabak Covid-19. Setakat ini, Arab saudi dilaporkan sudah ada kes berkenaan positif Covid-19, namun keadaan disana masih terkawal.

Pihak kerajaan juga dilihat begitu fokus dalam menangani wabak tersebut daripada terus menular.

Alhamdulillah, Semoga Allah lindungi kita

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: FB Masjid Al-Haram via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *