Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Lelaki warga emas yang dipercayai hilang tempat tinggal mendapat keprihatinan seorang gadis, Nazira Sanudin yang berkongsi sebuah posting di laman Facebook.

Menurut Nazira, pakcik yang dikenali sebagai Ahmad itu dijumpai berdekatan Sunway Putra Mall di ibu kota dalam keadaan lapar sehingga mengundang sebak dirinya.

Tersentuh hati melihat keadaan tersebut, dia mengambil keputusan untuk membelikan sekotak Kentucky Fried Chicken (KFC) bagi mengisi perut pakcik terbabit.

Mohon viralkan!


“Saya hanya minta tolong viralkan, kongsi bantu pakcik ni untuk mendapat tempat perlindungaan. Kesian pakcik dia berhak mendapat tempat perlindungan, tolong jangan abaikan sesama manusia,” katanya.

Menerusi salah satu video yang dimuat naik, kelihatan pakcik itu duduk sambil menikmati KFC dengan penuh berselera sekaligus menimbulkan rasa kasihan warganet.

Posting berkenaan menerima 2.2k perkongsian dan 1.8K tanda suka dimana rata-rata netizen berharap pakcik itu segera dibantu pihak bertanggungjawab selain mendoakan agar dilindungi Allah SWT.

Sebaknya tengok

Semoga sentiasa dilindungi

Kesian tengok video dia tengah makan

Apa kata anda ? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Nazira Sanudin via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *