Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminatnya hari ini, apabila mengumumkan persaraannya selepas kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada aksi UFC 254 pada Ahad.

Keputusan bintang MMA memutuskan untuk meninggalkan arena UFC, ketika dia sedang berada di kemuncak kariernya, mendapat reaksi banyak pihak.

Khabib umum bersara

Namun, menurut juara lightweight UFC, persaraan ini didorong oleh keluarganya, apabila dia telah berjanji dengan ibu bahawa pertarungannya dengan Gaethje itu adalah pertarungan terakhirnya.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu selama tiga hari. Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Jika saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya…”

Tiada perlawanan tanpa ayah

Masih terkesan dengan pemergian ayahnya, Allahyarham Abdulamanap Nurmagomedov, yang selalu berada di samping Khabib dalam setiap perlawanan, juga menjadi salah satu faktor persaraannya.

Dalam satu temubual selepas tamat perlawanan, Khabib dalam nada sebak berkata dia tidak mungkin dapat bertarung tanpa ayahnya.


Ayah tunjung utama karier Khabib

Umum sedia maklum, sepanjang karier Khabib dalam MMA, bapanya adalah tunjang utama sebagai pelatih dan pendorong untuknya ketika di gelanggang pertarungan.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini lagi tanpa ayah saya…”- Khabib

Dalam perlawanan lightweight UFC , Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua, menjadikan rekod cemerlang 29 kemenangan tanpa kalah.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber: Astro Awani via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *