Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

MAYAT kedua mangsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui selepas hampir dua jam penemuan mayat pertama jam 11.36 pagi ini.

Mayat Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON), Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Basri Kamarazaman berkata, mayat ditemui dalam keadaan sempurna dan pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa iaitu Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

Sementara itu, abang sulong mangsa, Amirul Aizam, 29, berkata dia bersyukur dua adiknya sudah ditemui dalam keadaan sempurna.

“Memang sedih dan sebak dengan kejadian ini namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengecaman mangsa sebaik dibawa naik ke tebing.

Terdahulu, anggota Bomba dan Menyelamat menemui mayat Umar Iskandar, 21, jam 9.50 pagi.

Mayat Umar ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17, dan Umar Iskandar, 21, mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah jam 6.30 petang.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *