Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas pengumuman barisan jemaah menteri yang bakal menguruskan kabinet negara semalam, beberapa nama individu berpengaruh telah disebut-sebut.

Sudah tentu ramai yang gembira apabila Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kembali berada dalam kementerian.

Menteri paling fit setakat ni

Pesona Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini bukan sahaja diakui oleh para penyokong, malahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia.

Namun, kali ini, Menteri Kewangan yang baru dilantik, YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz turut mencuri tumpuan warganet kerana merupakan seorang pelari jarak jauh yang kerap menyertai marathon di seluruh dunia.

Bukan biasa2 dua orang ni

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menyatakan bahawa menteri-menteri di dalam kabinet baharu turut hebat dalam bersukan kerana fit serta aktif di luar bidang kerja.

Umum sedia maklum bahawa Khairy Jamaluddin atau KJ sudah beberapa kali menyertai saingan 70.3 km Ironman dan berjaya menghabiskannya. Manakala, Tengku Zafrul sudah 6 kali menghabiskan saingan marathon dunia yang disertai.

Senang kata, kedua-dua figura hebat ini merupakan individu yang fit serta aktif dalam melakukan aktiviti kecergasan. Keduanya sudah tentu menjadi idola anak-anak muda yang gemar mengikuti aktiviti sebegitu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan tersebut dengan berasa kagum dengan kedua-duanya.

Wow terbaikk

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM & Twitter cikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *