Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Khairy Jamaluddin atau femes dengan panggilan Abah KJ, korang mesti tahu kan Abah KJ kita ni semenjak tak memegang jawatan menteri penampilannya kian berubah.

Khairy dilihat menyimpan rambut dan jambang yang lebih lebat, walau bagaimanapun dia tetap mengekalkan gaya macho dan kekacakannya itu. Amboi patutlah gadis kat luar sana tersenyum bila sebut nama KJ ni kan!

Penampilan Syed Saddiq pun berubah ke lepas jawatan menteri? 

Oleh sebab itu, rata-rata netizen sekarang mula membayangkan penampilan Syed Saddiq pulak selepas tidak lagi menjadi Menteri Belia dan Sukan. Saddiq nanti akan berubah gaya macam KJ jugak ke?

Haa lihatlah imaginasi netizen ramai tentang penampilan bekas menteri ni seperti gambar-gambar kat bawah. Amboi min tengok gaya Saddiq dah macam pelakon dalam drama Netflix Messiah tu je. Kemain!

“KJ dah macam Sivaji. Yang Saddiq macam Lord of the Ring” 

Rata-rata netizen nampaknya kagum dan terhibur dengan penampilan kedua-dua bekas menteri ni walaupun salah satunya cuma bayangan je. Handsome jugakkan lah kan?

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih.

Sumber: LM via FB Netizen of Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *