Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Daerah Rembau, Negeri Sembilan kembali menjadi zon merah COVID-19 berikutan ada pertambahan pesakit positif dari kluster pekerja kilang di Pedas.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) di Twitter, setakat 8 Mei, seramai 60 kes telah disahkan positif (satu daripadanya telah sembuh) iaitu tujuh daripadanya adalah warganegara dan 53 lagi warga asing.

Punca jangkitan masih dalam siasatan, lapor kenyataan tersebut.

 

Sementara itu, sehingga tengah hari semalam, terdapat 10 lagi Zon Merah seluruh negara iaitu tiga kawasan di Selangor; empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; satu di Johor dan dua di Sarawak.

Di Selangor, Zon Merah melibatkan Daerah Petaling (53 kes), Hulu Langat (55) dan Gombak (80); Kluang, Johor (49); serta Kuching (100) dan Kota Samarahan (43) di Sarawak.

Di Kuala Lumpur pula membabitkan kawasan Batu (101), Kampung Baru (67), Sri Petaling (45) dan beberapa kawasan lain di ibu kota (144).

Zon Merah mewakili jumlah kes aktif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Kuning (satu hingga 40 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Sementara itu, KKM turut mengeluarkan infografik mengenai jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 tengah hari, 8 Mei.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Siakap keli & Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *