Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga antara pemuzik Ude Wahid dan bekas isterinya Intan Salleh, yang melibatkan pelakon Izreen Azmida.

Sejak daripada itu, Intan Salleh mula mendapat perhatian media. Malah, baru-baru ini hangat pula dikatakan bahawa bekas isteri pemuzik itu sudah mempunyai pengganti.

Ini semua gara-gara gambar yang dimuat naik oleh Intan di Instagram miliknya, memaparkan dia bersama seorang jejaka kacak membuatkan ramai yang beranggapan bahawa dia sudah berpunya.

Bagaimana pun, menerusi kapsyen yang ditulis Intan, dia menulis nukilan yang dituju khas buat lelaki tersebut yang dianggapnya sebagai seorang sahabat.

“Sesuatu hubungan itu terjalin bukan kerana anda mengenali seseorang dalam jangka masa yang panjang, ia tentang siapa yang masuk ke dalam hidup anda dan berkata ‘saya di sini untuk awak’ dan berjaya buktikannya! Saya ketawa sedikit besar, menangis sedikit dan senyum banyak kerana awak. Terima kasih kawan!…”

Meskipun Intan hanya berkawan dengan jejaka tersebut, namun rata-rata pengikutnya di Instagram mengharapkan agar dia berjodohan.

Sebagai rekod,Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.

Intan sempat bermadu selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 secara tutup tanpa kehadiran media. Diharapnya, Intan cepat bertemu jodoh yang lebih baik daripada sebelum ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via intan salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *