Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Semalam, dalam sidang media perkembangan terkini berkenaan Covid-19 di Malaysia, 5 kes kematian telah dicatatkan. Ia menjadikan kumulatif kes sebanyak 50 kematian.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh anak kepada kes kematian ke-49 iaitu Allahyarham Tuan Haji Masuut Bin Norawi , dia telah meluahkan rasa sebaknya diatas pemergian bapa tercinta.

Jadi saksi bapa belajar al-Quran hingga hujung nyawa

Mohd Hafizuddin memaklumkan bahawa dia menjadi saksi kegiatan bapanya yang melazimi al-Quran sehingga hujung hayat. Hal ini kerana allahyarham sanggup mempelajari kalam Allah itu sehingga ke Indonesia.

Dia  juga memaklumkan bahawa tidak ragu-ragu menjadi saksi kemurnian hati bapanya apabila menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja dan betapa Allah angkat martabatnya kerana begitu ramai orang dari Malaysia khususnya Sarawak  dan Indonesia mendoakan jenazah bapanya itu.

Sanggup belajar al-Quran hingga ke Indonesia

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh seseorang insan yang rapat dengan allahyarham yang membimbingnya sepanjang ke Indonesia untuk mempelajari al-Quran.

Mujaddid Al-Qoyyim memaklumkan bahawa pernah bertanya kepada allahyarham  mengapa dia masih mempelajari al-Quran sehingga ke luar negara walaupun fizikalnya sudah berusia. Namun jawapan yang diterima benar-benar menyebakkan.

Ulang2 baca ayat al-Quran sampai hafal

Beli al-Quran banyak2 untuk sedekah

Tambah pengguna Facebook itu lagi, semasa mereka di Indonesia, allahyarham telah membeli banyak al-Quran. Menurutnya dia sudah berusia dan bacaan al_quran masih belum baik. Itu sahaja pahala yang boleh diperoleh apabila menyedekahkan kalam Allah itu kepada orang ramai.

Terdahulu, Haji Masuut Bin Norawi dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 1 April. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. Amin..

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Mohd Hafizuddin, Mujaddid Al-Qoyim via OMM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *