Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Umum sedia maklum bahawa selebriti serba boleh, Alif Satar, 30 sedang menjalani kuarantin dan juga menerima rawatan di hospital susulan positif Covid-19.

Oleh hal tersebut, isteri dan anak-anaknya yang disahkan negatif wabak pandemik itu tetap perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah kerana menjadi kontak rapat Alif.

Bantuan jiran2

Disebabkan isteri pengacara Big Stage itu, Shadila Halid, 36 tidak dapat keluar kemana-mana kerana sedang menjalani kuarantin, jiran tetangga mereka begitu prihatin dengan memberikan bantuan seperti barangan keperluan serta makanan

Hali tersebut dikongsikan Alif menerusi Instagramnya dengan mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang tak terhingga itu.

Tolong buang sampah, hantar makanan

Menurut Alif, jiran tetangganya begitu memberi sokongan buat keluarganya dengan membantu membuangkan sampah serta memberikan isteri dan anak-anaknya makanan dengan meninggalkan lauk di hadapan pintu rumah.

Ibu bapa mereka juga membantu membelikan barangan dapur dan keperluan harian buat keluarga Alif.

Alif mengucapkan ribuan terima kasih kepada jiran tetangganya yang sangat mengambil berat akan keadaan isteri serta anak-anak memandangkan dia berada di hospital di Melaka ketika ini.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif di atas sikap jiran tetangga penyanyi tersebut yang prihatin dengan kondisi keluarga mereka.

Kita baik jiran sayang

Rezeki dia dapat jiran yang baik

Orang baik ramai sayang

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Alif Satar via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *