Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada Februari yang lalu ternyata masih dirasai oleh semua terutama isteri dan anaknya.

Sebagai ibu, Bunga Citra Lestari cuba bangkit dan menjadi kuat demi anaknya Noah.

Terbaru, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu menghasilkan buah tangan baru buat para peminatnya. Lebih menyedihkan, lagu ’12 Tahun Terindah’ didedikasikan untuk arwah suami tercinta. Sumpah sedih!

12 Tahun Terindah

Lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ merupakan hasil tangan khas Bunga buat arwah suaminya. Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya.

Meskipun Ashraf sudah pergi meninggalkannya dan Noah, Bunga akan terus kuat dan bangkit demi anak tunggal mereka. Memori bersama juga akan disimpan dan menjadi kenangan buat selamanya. Setakat ini lagu tersebut telah mendapat lebih daripada 289k tontonan dan 308k likes.

Terdahulu, Aishah Sinclair telah memuat naik satu video pendek di mana video tersebut memaparkan ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan ahli keluarga Bunga Citra Lestari sedang mendengar lagu baru tersebut.

Kesemua mereka kelihatan menitiskan air mata dan tidak dapat menahan sebak semasa mendengar lagu tersebut.

Rata-rata netizen dan kenalan rapat turut meninggalkan komen yang mereka juga merasai perasaan Bunga dan Noah selepas kehilangan Ashraf.

Air mataku tiba2 turun mencurah2

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *