Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Terdahulunya, menerusi rancangan sensasi iaitu Meletop, kumpulan pelawak yang nama nya tidak asing lagi dalam industri seni, Bocey berkongsi akan terlibat dalam rancangan seakan akan Sepahtu Reunion. Tiga anggota yang lebih dikenali dengan nama panggilan Achey, Fad & Arwah Abam. Industri pasti nya merindui telatah abam dan sumbangan nya tiada tolak banding. Min mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan hamba hamba yang Beriman. Semoga amalan nya diterima oleh Yang Maha Kuasa.

Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 di rumah kediamannya di Gombak. Difahamkan Hidayah (Isteri Arwah Abam) memberitahu:

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi… pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak. Abam & Nor Hidayah mengikat tali perkahwinan pada tahun 2017 dan dianugerahkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia 5 bulan.

Hanya sedutan video yang lepas, telatah arwah bersama ahli ahli kumpulan menjadi trending pada saat ini dalam carta youtube.

Jom Lihat Video Dibawah:

Jom Lihat Juga apa kata netizen:

Setiap video yg berunsurkan abam mesti ad fans yg mensedekahkn al fatihah dkat aruah, alhamdulilah pasti tenang aruah di sana…Al fatihah buat mu syed karya mu akn kami kenang sampai bila bila

Masih mcm tak prcaya abam dah xde.. Kenapa eh, banyak2 artis yg meninggal, arwah abam paling rase sedih, sebak… Tiap kali tgk video dia, mesti nak nangis..klu artis lain xde plk mcm tu

Ini baru betul2 dikatakan sahabat sampai mati…senang susah takkan tinggalkan kawan…abam kami doa kn mu sentiasa tenang disana ..bagi familynya dan fad & achey kuatkan diri dan bertabahlahh

Masih baru lgi vedio ni. Rasa mcm xboleh trima, xleh blaa..sedih jgk laa sbb abam ni baik orgnye..Al-Fatihah..semoga arwah abam di tempatkan di kalangan orang yang beriman

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *