Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Ashraf Sinclair telah pulang ke rahmatullah pada hari Selasa lalu akibat serangan jantung.

Pemergian pelakon ini mengejutkan orang ramai termasuk keluarga terdekat kerana sebelum ini, dia tak mempunyai apa-apa penyakit dan sering mengamalkan gaya hidup sihat.

Dikatakan, sebelum meninggal dunia, Ashraf dikatakan sempat berbincang mengenai kematian bersama Ketua Yayasan Panti Asuhan Yatim Daarul Rahman, Ustaz Ahmad Saiful Habib.

Menurut Sosok, rumah anak yatim yang mempunyai 78 penghuni ini sering dilawati oleh Ashraf Sinclair sejak empat tahun lepas.

Namun, pada suatu hari, Ashraf pernah katakan pada Ustaz Ahmad yang dia ingin bertemu Allah dan Rasulullah bila dia meninggal nanti.

Saya bukan ahli ibadah, saya bukan orang alim tapi mudah-mudahan dengan datang ke tempat ini, suatu hari nanti bila saya meninggal saya dapat mengadap Allah dan berkumpul bersama Rasulullah.”

Tambah Ustaz Ahmad lagi, sepanjang jadi penderma di rumah anak yatim, Ashraf tak pernah memberitahu orang tentang kebaikannya ini.

Bahkan, BCL sendiri hanya mengetahui tentang perkara ini selepas Ashraf meninggal. Arwah Ashraf Sinclair sudah selamat dimakamkan di San Deigo Hills, Jakarta kira-kira jam 4 petang waktu tempatan.

Kelihatan wajah sugul isteri serta ahi keluarganya yang nyata berasa berat untuk berpisah dengan aktor kacak tersebut buat selamanya. Semoga Ashraf ditempatkan dikalangan orang beriman.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: LM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *