Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Beberapa hari lalu, berita mengenai tindakan bekas bintang bola sepak Perak, Khalid Jamlus, melelong kasut emasnya yang dimenanginya telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus melelong kasut emas yang diperoleh 18 tahun lalu dengan membida bermula dari harga RM10,500 menerusi live di Facebook peribadinya pada minggu ini.

Barangan peribadi turut dilepaskan

Sesi bidaan yang dilakukan du Facebook itu telah berjaya menarik minat hampir 1000 penonton. Bahkan, selain melelong kasut emas berkenaan, Khalid Jamlus juga turut ingin melepaskan pingat dan jersi yang semestinya pernah menjadi satu kebanggaan buat dirnya.

Tiga tahun tiada kerja tetap

Bukan senang untuk melepaskan barang-barang yang tidak ternilai ini, Khalid menjelaskan bahawa dia terpaksa bertindak sedemikian.

Ia merupakan salah satu langkah untuk Khalid meneruskan hidup selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mak ayah tak sihat, tampung belanja keluarga

Jelas dirinya lagi, hasil jualan yang diperolehi bakal digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Malah, kesihatan mak ayahnya yang merosot menyebabkan dia lagi nekad untuk menjual barang-barang bernilai itu.

Ramai yang mempertikaikan tindakan Khalid itu kerana barang-barang tersebut dilihat mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Namun disebabkan desakan hidup yang dihadapi, Khalid Jamlus terpaksa melakukan hal sedemikian.

Kerajaan Perak cari inisiatif untuk bantu

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Borak Daily & Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *