Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 37 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,304 kes setakat Sabtu.

Daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah warganegara Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 117 kematian.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 117 kes,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Sehingga hari ini, 25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,635 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian yang dilaporkan:

Kes ke-117 (2,296) ialah perempuan warganegara Malaysia berusia 79 tahun, kontak rapat kes ke-1508, ada gejala sejak 18 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh 26 Mac setelah disahkan positif. Beliau meninggal dunia pada 5 Jun pada 2.05 minit petang.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *