Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

BARU BARU ini, kita semua dikejutkan pemergian insan insan yang digelar artis ataupun insan seni yang menabur jasa dan budi pada industri seni. Pemergian Abam Bocey dan juga pemergian Ashraf Sinclair masih bermain di ingatan sehingga saat ini.

Menerusi artikel berita harian, Ibu pada Ashraf meluahkan kata kata:

“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.

Disini min mendoakan agar masyarakat agar sentiasa menginsafi diri dan mengambil berita berita sebegini sebagai satu peringatan untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Juga terdapat komen pedas daripada netizen dek terlalu banyak perkara perkara yang melampaui batas berlaku saban hari. Ada yang mencium adik ipar sendiri di khalayak ramai walhal diri sendiri mengaku beragama islam.

Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arwah Ashraf dan keluarganya.

Antara kenalan yang meninggalkan komen termasuklah Yasmin Hani dan artis dari Indonesia, Dewi Sandra.

Pada Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian arwh Ashraf di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada jam 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Berita harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *