Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

SETELAH beberapa hari berteka-teki di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkongsi berita gembira itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada Isnin.

Mawar bersama suami dan anak-anak.

Menerusi video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pelakon berusia 25 tahun itu bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada Ahad.

Tetamu mula bersorak apabila Mawar dan suaminya meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu menandakan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Dalam ucapannya, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu dikurniakan zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh diberikan rezeki itu.

“Yang sedang menunggu (pasangan suami isteri), saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat,” kata Mawar.

Sebelum ini, Mawar yang juga adik ipar kepada Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu memuat naik kapsyen mengenai teka-teki jantina anak keduanya di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Mawar ketika dihubungi mStar sebelum ini memberitahu dia kini mahu memberi tumpuan kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan.

“Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit. Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Dah rasa berat nak bawa perut tapi Alhamdulillah saya okay.

Mawar dan Raf menantikan kelahiran anak kedua mereka.

“Sekarang saya fokus pada bayi dalam kandungan sebab sebelum ini asyik sibuk dengan menguruskan perniagaan produk Mawarose. Tak lama lagi nak bersalin, saya dah kena buat persediaan mental dan fizikal serta barang baby,” ujarnya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *