Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mengesahkan berita mengenai penyanyi, Mya Ruslee atau Maya Matahari yang disahkan meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Haiza ketika dihubung berkata, dia masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik,” katanya.

Menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi kanser dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

Berita sedih tersebut turut dikongsi seorang wartawan hiburan, Amirul Haswendy di laman Instagram dengan memuat naik gambar Allahyarham yang berusia 44 tahun itu.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Dukacita diumumkan rakan artis yang cukup ceria dan disenangi semua, Myanaliza binti Ruslee atau dikenali sebagai Maya Matahari dilaporkan telah meninggal dunia jam 4 petang tadi di Hospital Sg Buloh akibat kanser yang dihidapi sejak sekian lama.

“Sama-samalah kita sedekahkan surah Al Fatihah dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Terima kasih Maya atas segala kenangan selama kita berkenalan dalam industri. You’ll be missed. Al-fatihah.” tulisnya.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.

Innalillahiwainnailaihirrojiun. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: HM & OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *