Menangi Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dihadiahkan Tiket Kapal Terbang & Petrol Percuma ‘Seumur Hidup’

Tular pada minggu lalu apabila atlet Filipina, Hidilyn Diaz berjaya mencatat sejarah baharu sukan Olimpik apabila berjaya meraih pingat emas pertama buat negaranya menerusi acara angkat berat wanita kategori 55kg. Kemenangan beliau turut dikaitkan dengan hasil kerja keras beliau sebelum menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan berlatih di Jasin, Melaka.

Dilap0rkan selepas berjaya meraih pingat emas pertama Filipina, Hidilyn Diaz telah dihujani dengan durian runtuh setelah pelbagai syarikat dan individu sedia memberikan hadiah. Berikut antara yang diraih Hidilyn Diaz atas kejayaan beliau.

Tiket penerbangan percuma

Sumber: Philippine Airlines

Menerusi kemenangan yang diraih, AirAsia Philippines dan Philippine Airlines sedia menawarkan beliau tiket penerbangan secara percuma seumur hidup. Bukan itu sahaja, syarikat Cebu Pacific turut menawarkan satu penerbangan percuma buat beliau.

Petrol percuma

Sumber: motoph

Syarikat Phoenix Petroleum pula muncul sebagai syarikat terawal menawarkan beliau pengisian minyak secara percuma seumur hidup. Syarikat ini juga turut memberikan wang tunai 5 juta peso (RM422,595.77).

Kereta percuma

Sumber: C! magazine

Kia Philippines turut berbesar hati dengan menawarkan sebuah kereta Kia Stonic 1.4 EX yang ditawarkan mereka kepada Hidilyn Diaz. Beliau juga turut dihadiahkan dengan van 13 tempat duduk daripada Foton Motor Philippines.

Hartanah dan wang tunai lebih RM3 juta

Sebagai rekod, Hidilyn Diaz berjaya meraih wang tunai terkumpul lebih RM3 juta menerusi pemberian kerajaan, syarikat dan juga-juga taikun-taikun di Filipina. Selain itu, beliau turut dihadiahkan dua hartanah daripada Megaworld dan Century Properties Group.

Dilap0rkan pelbagai lagi hadiah turut diterima beliau. Kemenangan beliau sememangnya dilihat sebagai kayu ukur buat Filipina dalam meraih pelbagai lagi pingat di sukan Olimpik selepas ini.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *