Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei. Faizal Tahir bagaimanapun meluahkan kegusarannya berhubung pengumuman tersebut atas beberapa faktor.

Masih tak ada vaksin, ubat

Menurut penyanyi Mr Ragaman ini, sebelum ini dia seorang berpandangan positif ke hadapan, namun bagi berita yang diumumkan Perdana Menteri berkenaan, dia bagaimanapun lebih pesimis dan kurang pasti dengan keputusan itu.

Tambahnya lagi, setakat ini masih tiada penawar bagi wabak berkenaan. Langsung tiada vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak yang memberi kesan seluruh dunia itu.

Faizal juga turut mengutarakan sekurangnya negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60%, barulah pengumuman sebegitu mungkin boleh dibuat.

Musuh tak nampak di mata

Faizal juga menerangkan, apa yang sedang diperangi ketika ini adalah musuh yang tidak dapat dilihat atau dirasa kehadirannya.

Sesuatu ancaman disifatkan sebagai halimunan yang boleh membawa maut. Ujarnya, mengakui diri bukan pakar dalam bidang ini, namun pada pandangannya keputusan perlu dipertimbangkan dari segi logik akal.

Belajar dari sejarah

Faizal turut berkongsi infografik pandemik selsema melanda Sepanyol pada 1918. Wabak itu melarat selama 2 tahun dengan 3 fasa.

Majoriti kematian berlaku pada fasa kedua kerana rakyat terlalu cepat meraikan kebebasan dari kuarantin dan penjarakan sosial sehingga meragut lebih puluhan juta nyawa.

Menerusi ruangan komen, rata2 artis dan netizen bersetuju dengan kenyataan Faizal Tahir. Moga Allah jaga kita semua,

Sangat setuju

setuju sangat post ni

Kita perlukan masa lagi

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Ohbulan via Faizal Tahir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *