Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelantikan Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri sebagai Menteri Agama yang baharu sememangnya telah disambut baik oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Islam.

Hari ini beliau telah memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Agama dan telah pun memasuki Kementerian bagi mengetuai mesyuarat pertama sebagai seorang menteri.

Mulakan hari pertama dengan berjemaah solat Dhuha

Walau bagaimanapun, perjumpaan tersebut dimulakan dengan solat sunat Dhuha, solat Hajat dan sedikit penyampaian ringkas daripada Dr Zul kepada para petugas di kementerian tersebut.

Solat sunat sebelum masuk mesyuarat

Majlis yang dinamakan Majlis Tausiah ini dilakukan secara langsung di Facebook rasmi beliau dengan dihadiri agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal  Agama Islam.

Seusai majlis tersebut, Dr Zulkifli telah pun memulakan tugas dengan memasuki pejabat dan menunaikan solat sunat terdahulu serta memulakan mesyuarat dengan kakitangannya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan mendoakan agar bekas mufti itu dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Mereka juga berharap agar Menteri Agama baharu ini mendapat kekuatan rohani dan jasmani dalam menyelesaikan isu-isu agama di negara Malaysia.

Contoh yang baik

Bahagia jiwa raga di bawah kepimpinan ulamak

Sejuk mata memandang

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *