Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengingatkan orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti berziarah pada Aidilfitri ini sebaliknya menggunakan teknologi panggilan video.

Beliau menitipkan pesanan berkenaan ketika membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana di laman Facebooknya hari ini melalui dua rangkap pantun:

Anak Pak Nazri berlari-lari,

Sambil berlari memakan roti

WhatsApp dikirim pengganti diri

Memohon maaf seikhlas hati.

Cantik sungguh si rama-rama,

Hinggap seekor atas bendera,

Satu syawal menjelang tiba,

Jangan berziarah, video call aje!

Tengku Zafrul berkata, Aidilfitri tahun ini tentu sekali amat berbeza, di dalam keadaan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

“Mungkin ramai yang akan merasa suasana raya kurang seronok kerana tidak dapat berjumpa dan bersalam-salaman dengan ibu-bapa dan sanak saudara.

“Bila difikirkan kembali, ramai di antara kita yang mengambil mudah atau ‘took for granted’ bahawa 1 Syawal akan sentiasa disambut dalam suasana aman dan meriah.

“Tetapi mungkin juga ada hikmah dan mesej keinsafan di sebalik kesederhanaan persiapan dan perayaan 1 Syawal pada tahun ini.

“Yang pentingnya, kita perlu beryukur dengan keadaan wabak yang amat terkawal di Malaysia, dan berterima kasih dengan apa yang mampu dinikmati buat masa ini,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *