Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas dikritik hebat kerana mengeluarkan pendapat peribadi mengenai penindasan Uighur tahun lepas, nama pemain bolasepak antarabangsa Mesut Ozil kembali disebut-sebut.

Walaupun ramai yang membantah pandangannya mengenai kekejaman yang dihadapi oleh etnik minoriti di China itu, Mesut ozil masih mendapat sokongan daripada kaum Muslim diseluruh dunia dan juga beberapa negara yang cintakan keamanan.

Namun, menerusi perkongsian terbaru pemain Arsenal itu, Ozil kelihatan seakan dalam keadaan tertekan. Dalam kapsyennya, dia memberitahu bahawa masih mampu tersenyum dan kuat kerana tahu Allah bersamanya.

“Kerana Allah, saya mampu tersenyum walau dilukai, memahami & percaya walau dalam pengkhianatan dan dalam ketakutan masih lagi terus berjuang.”

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci mengapa dia memuat naik kapsyen yang begitu menyentuh hati itu, namun rata-rata peminatnya mengaitkan dengan isu yang telah melanda beberapa bulan leas berkaitan penulisannya mengenai Uighur.

Umum sedia tahu bahawa, ramai selebriti terutamanya bintang sukan beragama Islam telah mengecam tindakan kejam kerajaan China menindas masyarakat Uighur.

Selain Ozil, Sonny William yang juga pemain ragbi New Zealand turut mengeluarkan pendapat yang sama sehingga dunia memandang serius isu tersebut.

Jom lihat apa kata netizen:

Apa kata anda? Dah baca, janga lupa like share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *