Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hari ini media sosial dipenuhi kebimbangan netizen terhadap ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar mahkamah. Difahamkan mereka berhimpun tanpa menjaga jarak sosial dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Bukan sahaja netizen, di kalangan selebriti juga meluahkan rasa mar4h dan ris4u jika perhimpunan ini boleh menimbulan kluster baru Covid-19. Mana taknya, ramai ramai penyokong Tan Seri Najib berkerumun beramai ramai hingga lupa SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Michael Ang tak duduk diam

Pengarah filem, Michael Ang, di posting instagramnya berkata, kerajaan dan pihak polis sepatutnya lebih awal bertindak dan memberitahu kepada orang awam supaya tidak berkumpul di luar mahkamah.

“Sejujur nya aku dah tak ambil peduli pasal kes Pak Najib ni. Duit pun dah lesap, masuk Atau tak jail pun mcm ada aku kesah. Tapi apa yang aku kisah gambar-gambar ni. Kita masih facing covid, gov dah Cakap kalau kes naik MCO akan ada balik”

“Government n polis pun satu dah tahu mesti banyak org akan muncul sepatutnya awal awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada kat mahkamah dan berhimpun macam ni! Apooooo la!!!! Kalau cluster baru muncul menyusahkan kita orang jugak! mana otak semua orang ni!” luahnya di Instagram.

Hans Isaac buka mulut

Sementara itu, Penerbit dan Pengarah, Datuk Hans Isaac juga turut muncul meluahkan kerisauan dan berharap Malaysia tidak lagi menghadapi lockdown buat kali yang kedua.

“Saya harap mereka semua selamat. Malaysia tidak sanggup lagi berdepan dengan PKP buat kali kedua kerana gelombang COVID19. Mari kita selamatkan Malaysia”- tulis Hans di Instagramnya

Menurut tinjauan di twitter, rata-rata netizen menggunakan tanda pagar #klusternajib berikutan rasa bimbang akan wujudnya kluster Najib atau kluster Bossku gara-gara gambar penyokong Najib yang tular berhimpun tanpa mempedulikan langsung langkah-langkah kawalan penularan Covid-19.

Harapnya kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani perlanggar4n SOP dalam kalangan rakyat meskipun fasa untuk berlaw4n dengan wab4k ini sudah mahu mencapai pemulihan.

Berdoalah sama sama kita agar tiada apa apa yang berlaku atas perhimpunan beramai ramai itu supaya hal ini tidak menyusahkan individu yang penat berkorban selama ini seperti pihak kerjaan dan barisan hadapan.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik !

Sumber : terengganutv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *