Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga bulan hadapan.

Hal itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi.

“Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kini memasuki fasa pemulihan dalam usaha membendung pandemik itu.

Bagi perayaan khas seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai pula tidak dibenarkan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman.

“Minta maaf banyak2, saya mohon ampun. Demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan sejak 18 Mac, tindakan yang berjaya membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal dan melandaikan keluk kes Covid-19 di negara ini.

Pada 4 Mei lalu, kerajaan memperkenalkan PKPB pula untuk membenarkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Demi kebaikan bersama

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM & Siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *