Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak mendirikan rumah tangga 3 September yang lalu, kisah perkahwinan pelakon terkenal iaitu Mira Filzah dan Wan Emir Astar tidak putus-putus menjadi bualan peminat sehingga kini.

Bukan sahaja moment ketika berbulan madu, malahan kehidupan harian merpati dua sejoli ini dilihat sangat sweet.

Nyanyi lagu duet ‘Baldu Biru’…tak sangka suara Mira Filzah & Wan Emir Astar merdu betul

Baru-baru ini, telah tular satu paparan video Mira Filzah dan Wan Emir Astar di sebuah pusat karaoke. Menerusi rakaman berkenaan, mereka juga dilihat berpeluang mendendangkan lagu duet iaitu ‘Baldu Biru’.

Namun siapa menyangka, aktres kecil molek yang diketahui hebat dalam bidang lakonan ini juga memiliki suara sangat merdu begitu juga dengan suaminya.

Bahkan mereka kelihatan sangat gembira tatkala meluangkan masa bersama-sama.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja apabila mendengar nyanyian daripada aktres terkenal itu buat pertama kali.

Ini antara komen netizen.

Bila dah halal, baru best nak enjoy dengan suami sendiri, memang fun habis

First time dengar Mira Filzah menyanyi

Sedapnya suara…

Bukan sahaja memuji kelunakan suara Mira Filzah dan Wan Emir Astar, malahan mereka turut mengakui hubungan selepas berkahwin adalah lebih indah berbanding semasa bercinta.

Secara keseluruhan, video tersebut telah berjaya meraih lebih 11 ribu ‘likes’ setakat ini.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Instagram _inaijari_ via Erin sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *