Hiburan Skodeng Artis

Video 15 saat Mira Filzah, Hun Haqeem Dalam MV Tokti Untuk Lagu “Siapa Tak Mahu” Mendapat Perhatian Netizen

Rakyat Malaysia sudah pasti mengenali penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza atau dikenali sebagai Tokti. Terbaru, Tokti berkongsi video singkat kepada peminat tentang gandingan artis dalam Music Video tersebut.

Melalui perkongsian tersebut di Instagram beberapa jam lepas, peminat Dato’ Siti Nurhaliza, Mira Filzah dan Hun haqeem digemparkan dengan gandingan padu mereka di dalam Music Video Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul “Siapa Tak Mahu”.

Ini perkongsian Tokti di media sosial nya.

Video tersebut dimuatnaik oleh ketiga-ketiga artis tersebut kira-kira tiga jam lepas untuk memaklumkan tarikh, waktu dan platform yang digunakan untuk memuatnaik Music Video tersebut.

Ketiga-ketiga mereka memberitahu video tersebut akan dimuatnaik di Youtube Dato’ Siti Nurhaliza pada 16 Oktober 2020 jam 9 malam.┬áNamun yang lebih menarik perhatian netizen adalah kapsyen Mira Filzah dan Hun Haqeem di Media Sosial mereka.

Ini kapsyen yang ditulis Mira Filzah di Instagram miliknya tiga jam lepas, tentang Music Video tersebut.

“Siapa tak mahu dating dekat Museum? Tapi Spoil mood kita bila pasangan kita lambat! Eeeeih Nasib baik ada penjaga kaunter yang manis ni” kata Mira Filzah.

Kapsyen tersebut dibalas pula di Instagram Hun Haqeem tentang kisah dalam video tersebut.

Hun Haqeem juga turut mempromosikan Music Video Dato’ Siti Nurhaliza di Instagram miliknya. Ini pula kapsyen yang ditulis Hun Haqeem.

“Museum date sangat romantikkan? Tapi apakan daya, pasangan Hun, Mira filzah harini merajuk sebab Hun lambat. Tokti help macam mana nak pujuk ni?” Balas Hun Haqeem

Video tersebut telah menarik perhatian ramai peminat mereka walaupun hanya berdurasi 15 saat sahaja.

Ini pula komen netizen di posting tersebut.

Unexpected combo

Wah best ni.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram CTDK, Mfmirafilzah, Hun Haqeem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *