Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Jnazah Allahyarham Laskar Kelas 1 TMK Muhammad Arif Idris tiba di Tanah Perkuburan Islam Klebang Besar di Melaka, untuk dikebumikan.

Jenazah yang dibawa menggunakan van milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu tiba jam 3.45 petang dan disambut kira-kira 20 anggota TLDM.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sahabat handai serta penduduk Kampung Persiaran Balik Buluh, Klebang Besar hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Muhammad Arif bersama Allahyarham Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan, 26, diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, jam 9.45 pagi tadi, ke kampung halaman masing-masing, menggunakan pesawat C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mereka antara tiga yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Ranau-Kota Kinabalu, 12.55 tengah hari pada Selasa.

Innalillahwainnahilaihirojiun… Salam takziah buat keluarga arwah moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, Aamiin…

Salam takziah buat keluarga arwah

Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *