Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa selain mengagihkan makanan kepada petugas media yang ‘berkampung’ di kediamannya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur, malam ini.

Muhyiddin dilihat keluar dari kediamannya pada 8.15 malam sebelum menyerahkan makanan segera kepada petugas media.

Beliau turut turut bertanya khabar kepada pihak media .

“Dah berapa hari dah (berkampung), dua hari?,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepemimpinan parti sejak awal pagi semalam.

Terdahulu, Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara, pada 10.30 pagi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu kepada beliau di Singgahsana Kecil Istana Negara.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Terimakasih YDPA kerana terlebih dahulu belanja tempoh hari utk pihak media yg berkampung di dpn istana negara kerana gara2 isu politik yg brlaku brkenaan sapa PM..

Sempat lagi ni klu nk umum cuti esokkkk. TSMY dgrlah suara hati kami yg mahukan cuti ini.

Habis wartawan ini tak reti2 ke nak blk hehe..esok2 lah sambung

Terima kasih Tuanku YDPA…Tuanku telah menjadi contoh yg terbaik..dan sekarang telah menjadi ikutan yg sihat.

Ehem ehem. Esk boleh belanja cuti umum x.? Sehari pun jd la. Letih kut melayan drama 7 hari. Nak rehat. Hehehehehe

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *