Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kisah Muzaffar Jakel yang mempersenda Bangsa Melayu yang dikatakan tidak memahami SOP penjarakan sosial yang dikeluarkan oleh gedung pakaian milik syarikat keluarganya nampaknya masih belum reda.

Walaupun semalam abangnya yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah membuat permohonan maaf namun ianya belum cukup untuk meredakan cakap-cakap di media sosial hari ini.

Terbaru aktivis masyarakat, Saudara Yusof Azmi turut mengeluarkan kenyataan supaya Muzaffar Jakel tampil membuat permohonan maaf atas kapasiti mewakili Syarikat Jakel kerana implikasi yang berlaku atas tindakannya bukan bersifat individu tetapi syarikat.

Assalamualaikum kepada Pihak Jakel..

Semua Pengguna di Malaysia mahu Muzaffar Jakel Tampil buat pengakuan maaf secara Live Video di FB Jakel dengan segera..Bukan membuat permohonan di IG sendiri..Bukan permohonan maaf dari Datuk Fairus..Muzaffar harus tampil buat permohonan sendiri di FB Jakel”, katanya dilaman fb miliknya.

Rata-rata netizen bagaimanapun tidak mempedulikan saranan Yusof Azmi kerana menurut mereka orang melayu kini sangat terkesan dengan penghinaan yang telah dilakukan.

“Maaf lah kanda yusof….bnyk lg muslim beradab yg kita blh support…. Bnyk cerita yg kita dgr dr bekas2 pekerja…. Jika bekas pekerja fitnh.. Ptut buat rep0rt ja.. Tp ni mcm mengiyakan ja dr segi tindak tanduk pihak jakel. Muzaffar bukannya tak sengaja tetapi adab n tatasusilanya memang begitu…Biadp terhadap org kita”, kata Ariff Razman Abd Rahman.

Seruan Yusof Azmi itu dibuat rentetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzaffar sendiri di laman IGnya yang memaklumkan bahawa satu video penjelasan akan dibuatnya bagi menjernihkan situasi yang berlaku.

Menerusi entri terbaru daripada Muzaffar, beliau memaklumkan bahawa video penjelasan tersebut akan dimuatnaiknya pada jam 5 petang..namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan terbaru dapat dilihat daripada Muzaffar.

Terkini, menerusi halaman FB beliau:

Apa yang menarik perhatian adalah komen dari netizen yang rata-rata masih belum dapat melupakan apa yang telah terjadi.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Muzaffar Jakel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *